Hulu Selangor Bantah APCO

Baru-baru ni aku ditugaskan untuk turun padang ke Hulu Selangor bagi mendapatkan komen rakyat dan menjalankan survey atas sebab pilihan raya kecil ini nanti.

Hasil kajian dan pemerhatian aku di sekitar kawasan Hulu Selangor ini, ramai penduduk di situ amat tidak berpuas hati dan tidak dapt menerima apa yang dilakukan oleh Najib iaitu bersekongkol dengan Yahudi dalam isu gagasan satu Malaysia.

Salah seorang penduduk bernama Hafizi Rashid dari Batang Kali berkata dalam satu temu bual "Kami orang-orang Batang Kali dah muak dengan janji-janji manis dengan UMNO tapi akhirnya habuk pun takda! banyak projek-projek yang terbengkalai hanya membazirkan wang rakyat contohnya di Sungai Buaya, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Antara Gapi dan banyak lagi, ni semua diorang punya kerja yang menjadikan kawasan ni tak membangun!" katanya dengan nada marah.

Banyak lagi hasil kajian dan temu bual bersama penduduk yang tak dapat aku nak dedahkan semuanya di sini. Yang paling aku tertarik sekali dengan satu kenyataan seorang guru yang mengajar di sekolah menengah di kawasan Hulu Selangor ini. Beliau dengan berani dan lantang bersuara tentang gagasan satu Malaysia di bawah naungan Israel. Beliau menegaskan lagi, walaupun guru-guru telah diberikan gaji yang agak tinggi bagi meraih sokongan guru, tapi guru juga mempunyai akal dan fikiran untuk menilai, guru juga mempunyai hak sebagai rakyat untuk mengundi.

Demikianlah luahan penduduk sekitar kawasan Hulu Selangor yang serba sedikit pendedahan kepada anda semua. Banyak lagi rahsia yang aku dapat hasil tinjauan aku. Sekarang aku nak undur diri dahulu nak susun semula hasil kajian yang berguna semasa kempen nanti.

Aku pasti Barisan Nasional akan kalah teruk kali ni selepas aku kupaskan satu per satu tembelan UMNO-BN.

0 comments: