VCD Fitnah- Institusi Pemerintahan Lemah

Baru-baru ni seperti yang semua orang digemparkan dengan penyebaran VCD fitnah Anwar Ibrahim .

Ini adalah salah satu percaturan politik UMNO-BN yang sekarang ini terdesak untuk bernafas. VCD tersebut mengisarkan tentang keadaan Anwar Ibrahim ketika di dalam penjara Sungai Buloh pada tahun 2001.

Hali ini jelas menimbulkan satu persoalan kepada semua rakyat Malaysia bagaimana sebuah institusi penjara boleh mengeluarkan rakaman CCTV sebagai tontonan orang ramai. Mengapa mereka tidak menyiarkan video tahanan di penjara tersebut sedang mandi? bukankan ianya lebih menarik jika dipertontonkan.

Jadi UMNO sendiri yang memperlihatkan kelemahan mereka kepada umum bahawa mereka ini tidak mempedulikan undang-undang dan hak individu tertentu. Undang-undang merupakan perkara asas dalam perjalanan sesebuah negara, tetapi sekiranya undang-undang diperlekehkan apatah lagi naseb rakyat kelak.

UMNO-BN yang kini sanggup berbuat apa sahaja demi menjaga kepentingan masing-masing telah meletakkan entiti tersebut di satu persimpangan yang menakutkan, ibarat telur di hujung tanduk. Begitulah perumpamaan yang tepat dengan UMNO-BN.

Berbalik kepada kandungan VCD tersebut, Dato, Seri Anwar telah menjelaskan di dalam laman web rasminya anwaribrahimblog.com. Jadi tidak perlu diulas panjang berkenaan kandungan tersebut. Apa yang dipertikaikan disini ialah penyeludupan keluar rakaman CCTV dari sebuah institusi yang ketat kawalannya. Rakyat harus bijak menilai dan bersedia menantikan modal UMNO yang akan datang.

Oleh itu kita tidak boleh bertolak ansur di dalam perkara yang melanggar undang-undang ini kerana ianya akan menjadi punca segala kehancuran dan kemusnahan integriti Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani ramai.

0 comments: