Pembangkang Selangor Kemaruk Kuasa Dalam Mimpi


Kemelut politik yang berlaku pada pembangkang di Selangor kian menjadi-jadi. Keadaan semakin parah apabila dua orang pemimpin besar UMNO sendiri bertikam lidah untuk merebut takhta yang diimpikan.

Dua orang pemimpin yang dimaksudkan ialah Noh Omar dan Khir Toyo, pertelagahan ini merupakan pertelagahan yang terbesar yang menjadi lumrah di mana-mana negeri. Ini adalah krana sistem UMNO yang busuk dengan menyekat kelebihan seseorang contohnya seperti Noh Omar dahulu.

Rakyat semua tahu ketika Selangor dibawah pimpinan Khir Toyo , segala kontrak-kontrak dan projek dimonopoli ileh kroni-kroni Khir Toyo manakala Noh Omar pada ketika itu hanya berputih mata dan terlopong mulut sahaja menyaksikan kekayaan Khir bersama kroninya.

Kini apabila kerajaan Pakatan memerintah, Noh Omar kelihatan lebih menyerlah dari Khir Toyo ini kerana Noh cuba mendapat simpati Najib untuk mendapatkan sokongan darinya.

Mereka berdua kini bermasam muka sehinggakan terpaksa melakukan siasatan awal terlebih dahulu untuk menghadiri sesuatu majlis. Bukti menunjukkan sejak bertahun lamaya, hanya salah seorang sahaja yang akan hadir ke sesuatu majlis rasmi UMNO.

Jelas sekali bukti tersebut memaparkan kepada kita keburukkan dan keangkuhan majlis pimpinan UMNO. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Selangor malahan di seluruh pelosok Tanah air. Ini menunjukkan bahawa tiada lagi tempat untuk UMNO bermaharajalela, masa mereka sudah tamat.

0 comments: