MP Hulu Selangor Meniggal Dunia UMNO Goyang

Terlebih dahulu salam takziah diucapkan kepada Allayarham Datuk Dr. Zainal Abidin yang baru pulang ke rahmatulah semalam. Semoga ruh beliau ditempatkan dengan orang-orang beriman.

Pulangnya seorang pejuang rakyat yang menegakkan keadilan mengajar kita supaya berusaha bermati-matian menumbangkan UMNO-BN dengan kezaliman mereka. Pemergian beliau juga mengingatkan kita bahawa yang hidup tidak akan kekal lama, sama seperti UMNO-BN yang ada sekarang ini.

UMNO-BN tidak akan kekal lama sebagai pemerintah di negara ini, selagi nyawa dikandung badan kita akan tentang habis-habisan membenam mereka.

Memandangkan kekosongan yang ada di kawasan parlimen Hulu Selangor, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi mencari pengganti kerusi tersebut. Oleh itu SPR diberi masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya tersebut.

Pilihanraya seperti ini menjadi satu lambang kegoyahan UMNO-BN yang sebelum ini telah tewas banyak kali dalam pilihanraya kecil sepanjang 2 tahun ini. Kekalahan UMNO-BN ini mempamerkan penolakkan keras rakyat terhadap pemerintahan zalim BN.

UMNO goyah untuk menghadapi pilihanraya ini kerana mereka sudah tahu jawapannya bahawa mereka akan kalah teruk dalam pilihanraya kali ini. Mereka akan menggunakan apa cara sekali pun bagi memenangi hati rakyat termasuk memberi duit kepada mereka. Segala tindakan yang diambil oleh UMNO-BN ini diperlihatkan satu permainan kotor. Mereka mampu berbuat apa sahaja dengan kuasa dan wang rnggit yang mreka ada, tetapi mereka tidak mampu mengubah hati rakyat yang sudah lama meluat dengan cara mereka ini.

Oleh yang demikian, rakyat digesa memboikot segala tindakan berbentuk wayang UMNO nanti dalam menghadapi pilihanraya ini.

0 comments: