UMNO Dajjal Bukit Botak


Selama lebih dari 20 tahun hak perumahan di Bukit Botak ini ditindas oleh kerajaan yang terdahulu iaitu UMNO Barisan Nasional. Bukit Botak yang merangkumi 9 buah kampung merupakan kawasan yang terletak di dalam lingkungan daerah Gombak.

Semasa selangor dibawah pimpinan Barisan Nasional dahulu penduduk Bukit Botak telah dijanjikan dengan pembangunan dan penstrukturan semula. Namun selama 20 tahun pemerintahan BN, keseluruhan projek yang diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu tidak berjaya melengkapkan projek pembangunan di Bukit Botak.

Pemimpin UMNO yang silih berganti menjadikan projek di Bukit Botak ini semakin rumit kerana pembatalan kontrak dari pemaju yang sebelumnya dan digantikan dengan yang baru. Begitulah yang berlaku selama 20 tahun ini. Hal ini jelas menggambarkan bahawa terdapat penyelewengan dan rasuah di dalam pentadbiran BN. Pemimpin-pemimpin yang silih berganti hanya mahu memberikan projek kepada kroni-kroni mereka sahaja dan yang teraniaya adalah penduduk-penduduk Bukit Botak.

Oleh itu satu langkah yang drastik dan sebagai sinar baru kepada penduduk Bukit Botak yang kini bernaung di bawah pimpinan Pakatan Rakyat mereka kini menarik nafas lega kerana masalah-masalah yang dihadapi mereka dapat di atasi dengan kepimpinan Pakatan Rakyat.Atas dasar tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor kini mengambil keputusan untuk mengambil alih tanah kawasan Bukit Botak.

0 comments: