Berita ini disampaikan oleh Utusan Malaysia sendiri, kalau tak percaya rujuk utusan malaysia arkib 08/03/2010.
Majlis Permuafakatan Melayu yang dipengerusikan oleh Datuk Ibrahim Ali (perkasa) berkata
"Kita tidak mahu kerajaan gopoh umum MEB. Dasar kesungguhan atau tindakan affirmative bagi menjaga kepentingan kaum majoriti mesti diteruskan agar pembahagian kekayaan negara diagihkan dengan adil, paling tidak berdasarkan nisbah Dasar Ekonomi Baru (DEB)."
Kenyataan ini disokong oleh Datuk Mukhriz Mahathir ketika merasmikan sidang Meja Bulat(MEB) anjuran MPM ini.
Datuk Mukhriz Mahathir yang dahulu pernah dikaitkan pertelingkahan dengan Khairy Jamaluddin dalam perebutan takhta sebagai Ketua Pemuda UMNO itu ,sekali lagi mencetuskan amarah kepada Khairy Jamaluddin yang membangkang tindakannya itu sekeras-kerasnya.
Perbuatan Datuk Mukhriz Mahathir ini dikatakan telah mencabul bidang tugas Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO-BN. Dalam satu temu bual bersama Khairy Jamaluddin beberapa ketika sebentar tadi, beliau menyifatkan Mukhriz adalah sebagai pengkhianat dan tidak adil kepada rakyat yang berbilang bangsa di Malaysia ini. Kenyataan tidak puas hati ini diteruskan lagi dengan menjelaskan mengapa Mukhriz tidak mengambil perhatian terhadap tindakan MPM ini yang membawa kerugian kepada parti UMNO sendiri yang tidak mementingkan hak rakyat minoriti di Malaysia ini.
Perkara ini terdapat unsur-unsur perkauman yang busuk" sebab itu parti kita UMNO sekarang tidak mendapat sambutan daripada rakyat kerana kita sendiri adalah bersifat perkauman!" jelas Khairy Jamaluddin lagi ketika ditemu bual.
Sebagai rakyat Malaysia kita lihatlah pergelutan antara pemimpin-pemimpin BN sendiri anda sebagai penilai, nilai dengan penuh intergriti.
0 comments:
Post a Comment