Konvensyen BN Di Selangor Hampeh

Penulis baru dikalumkan bahawa konvensyen BN di Selanor baru-baru ini tidaklah seperti yang dijangkakan oleh orang-orang umno-bn.

Apa yang berlaku sebenarnya di konvensyen berikut adalah jauh sama sekali seperti yang dilaporkan oleh media-media bn. Konvensyen seperti ini sengaja diadakan oleh BN ekoran daripada sikap hasad dengki dengan pentadbiran PR di Selangor ini oleh itu mereka bertindak untuk meniru apa yang dilakukan oleh PR iaitu dengan mengadakan Konvensyen.

Walaubagaimanapun Konvensyen tersebut sebenarnya tidak mendapat sambutan daripada parti komponen BN sendiri lebih-lebih lagi dari MIC dan MCA. Hal ini berlaku kerana pada konvensyen tersebut , pemimpin-pemimpin UMNO dengan keras memainkan sentimen perkauman sama seperti di mana-mana program anjuran mereka.

Lantas sebahagian daripada orang-orang MCA dan mic bertindak meniggalkan konvensyen tersebut. Pengisian yang ditekankan di konvensyen tersebut adalah berkaitan dengan niat jahat mereka untuk merampas selangor, tambahan lagi mereka ingin menggunakan cara mengapikan perkauman supaya rakyat tidak lagi menyokong PR.

Mereka juga membincangkan tentang isu PRK di Hulu Selangor yang bakal menjelang tiba 25 April nanti. Jelas kelihatan bahawa mereka tiada kesepakatan dalam memutuskan perkara tersebut, perbalahan demi perbalahan yang berlaku antara mereka.

Oleh itu marilah kita bersama-sama saksikan kemusnahan BN yang kini sedang tenat memikirkan nasib mereka.

0 comments: