Hulu Selangor Bantah APCO

Baru-baru ni aku ditugaskan untuk turun padang ke Hulu Selangor bagi mendapatkan komen rakyat dan menjalankan survey atas sebab pilihan raya kecil ini nanti.

Hasil kajian dan pemerhatian aku di sekitar kawasan Hulu Selangor ini, ramai penduduk di situ amat tidak berpuas hati dan tidak dapt menerima apa yang dilakukan oleh Najib iaitu bersekongkol dengan Yahudi dalam isu gagasan satu Malaysia.

Salah seorang penduduk bernama Hafizi Rashid dari Batang Kali berkata dalam satu temu bual "Kami orang-orang Batang Kali dah muak dengan janji-janji manis dengan UMNO tapi akhirnya habuk pun takda! banyak projek-projek yang terbengkalai hanya membazirkan wang rakyat contohnya di Sungai Buaya, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Antara Gapi dan banyak lagi, ni semua diorang punya kerja yang menjadikan kawasan ni tak membangun!" katanya dengan nada marah.

Banyak lagi hasil kajian dan temu bual bersama penduduk yang tak dapat aku nak dedahkan semuanya di sini. Yang paling aku tertarik sekali dengan satu kenyataan seorang guru yang mengajar di sekolah menengah di kawasan Hulu Selangor ini. Beliau dengan berani dan lantang bersuara tentang gagasan satu Malaysia di bawah naungan Israel. Beliau menegaskan lagi, walaupun guru-guru telah diberikan gaji yang agak tinggi bagi meraih sokongan guru, tapi guru juga mempunyai akal dan fikiran untuk menilai, guru juga mempunyai hak sebagai rakyat untuk mengundi.

Demikianlah luahan penduduk sekitar kawasan Hulu Selangor yang serba sedikit pendedahan kepada anda semua. Banyak lagi rahsia yang aku dapat hasil tinjauan aku. Sekarang aku nak undur diri dahulu nak susun semula hasil kajian yang berguna semasa kempen nanti.

Aku pasti Barisan Nasional akan kalah teruk kali ni selepas aku kupaskan satu per satu tembelan UMNO-BN.

MP Hulu Selangor Meniggal Dunia UMNO Goyang

Terlebih dahulu salam takziah diucapkan kepada Allayarham Datuk Dr. Zainal Abidin yang baru pulang ke rahmatulah semalam. Semoga ruh beliau ditempatkan dengan orang-orang beriman.

Pulangnya seorang pejuang rakyat yang menegakkan keadilan mengajar kita supaya berusaha bermati-matian menumbangkan UMNO-BN dengan kezaliman mereka. Pemergian beliau juga mengingatkan kita bahawa yang hidup tidak akan kekal lama, sama seperti UMNO-BN yang ada sekarang ini.

UMNO-BN tidak akan kekal lama sebagai pemerintah di negara ini, selagi nyawa dikandung badan kita akan tentang habis-habisan membenam mereka.

Memandangkan kekosongan yang ada di kawasan parlimen Hulu Selangor, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi mencari pengganti kerusi tersebut. Oleh itu SPR diberi masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya tersebut.

Pilihanraya seperti ini menjadi satu lambang kegoyahan UMNO-BN yang sebelum ini telah tewas banyak kali dalam pilihanraya kecil sepanjang 2 tahun ini. Kekalahan UMNO-BN ini mempamerkan penolakkan keras rakyat terhadap pemerintahan zalim BN.

UMNO goyah untuk menghadapi pilihanraya ini kerana mereka sudah tahu jawapannya bahawa mereka akan kalah teruk dalam pilihanraya kali ini. Mereka akan menggunakan apa cara sekali pun bagi memenangi hati rakyat termasuk memberi duit kepada mereka. Segala tindakan yang diambil oleh UMNO-BN ini diperlihatkan satu permainan kotor. Mereka mampu berbuat apa sahaja dengan kuasa dan wang rnggit yang mreka ada, tetapi mereka tidak mampu mengubah hati rakyat yang sudah lama meluat dengan cara mereka ini.

Oleh yang demikian, rakyat digesa memboikot segala tindakan berbentuk wayang UMNO nanti dalam menghadapi pilihanraya ini.

Pembangkang Selangor Kemaruk Kuasa Dalam Mimpi


Kemelut politik yang berlaku pada pembangkang di Selangor kian menjadi-jadi. Keadaan semakin parah apabila dua orang pemimpin besar UMNO sendiri bertikam lidah untuk merebut takhta yang diimpikan.

Dua orang pemimpin yang dimaksudkan ialah Noh Omar dan Khir Toyo, pertelagahan ini merupakan pertelagahan yang terbesar yang menjadi lumrah di mana-mana negeri. Ini adalah krana sistem UMNO yang busuk dengan menyekat kelebihan seseorang contohnya seperti Noh Omar dahulu.

Rakyat semua tahu ketika Selangor dibawah pimpinan Khir Toyo , segala kontrak-kontrak dan projek dimonopoli ileh kroni-kroni Khir Toyo manakala Noh Omar pada ketika itu hanya berputih mata dan terlopong mulut sahaja menyaksikan kekayaan Khir bersama kroninya.

Kini apabila kerajaan Pakatan memerintah, Noh Omar kelihatan lebih menyerlah dari Khir Toyo ini kerana Noh cuba mendapat simpati Najib untuk mendapatkan sokongan darinya.

Mereka berdua kini bermasam muka sehinggakan terpaksa melakukan siasatan awal terlebih dahulu untuk menghadiri sesuatu majlis. Bukti menunjukkan sejak bertahun lamaya, hanya salah seorang sahaja yang akan hadir ke sesuatu majlis rasmi UMNO.

Jelas sekali bukti tersebut memaparkan kepada kita keburukkan dan keangkuhan majlis pimpinan UMNO. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Selangor malahan di seluruh pelosok Tanah air. Ini menunjukkan bahawa tiada lagi tempat untuk UMNO bermaharajalela, masa mereka sudah tamat.

VCD Fitnah- Institusi Pemerintahan Lemah

Baru-baru ni seperti yang semua orang digemparkan dengan penyebaran VCD fitnah Anwar Ibrahim .

Ini adalah salah satu percaturan politik UMNO-BN yang sekarang ini terdesak untuk bernafas. VCD tersebut mengisarkan tentang keadaan Anwar Ibrahim ketika di dalam penjara Sungai Buloh pada tahun 2001.

Hali ini jelas menimbulkan satu persoalan kepada semua rakyat Malaysia bagaimana sebuah institusi penjara boleh mengeluarkan rakaman CCTV sebagai tontonan orang ramai. Mengapa mereka tidak menyiarkan video tahanan di penjara tersebut sedang mandi? bukankan ianya lebih menarik jika dipertontonkan.

Jadi UMNO sendiri yang memperlihatkan kelemahan mereka kepada umum bahawa mereka ini tidak mempedulikan undang-undang dan hak individu tertentu. Undang-undang merupakan perkara asas dalam perjalanan sesebuah negara, tetapi sekiranya undang-undang diperlekehkan apatah lagi naseb rakyat kelak.

UMNO-BN yang kini sanggup berbuat apa sahaja demi menjaga kepentingan masing-masing telah meletakkan entiti tersebut di satu persimpangan yang menakutkan, ibarat telur di hujung tanduk. Begitulah perumpamaan yang tepat dengan UMNO-BN.

Berbalik kepada kandungan VCD tersebut, Dato, Seri Anwar telah menjelaskan di dalam laman web rasminya anwaribrahimblog.com. Jadi tidak perlu diulas panjang berkenaan kandungan tersebut. Apa yang dipertikaikan disini ialah penyeludupan keluar rakaman CCTV dari sebuah institusi yang ketat kawalannya. Rakyat harus bijak menilai dan bersedia menantikan modal UMNO yang akan datang.

Oleh itu kita tidak boleh bertolak ansur di dalam perkara yang melanggar undang-undang ini kerana ianya akan menjadi punca segala kehancuran dan kemusnahan integriti Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani ramai.

Khairy Tegur Mukhriz Berhubung Isu Perkauman Oleh MPM

Berita ini disampaikan oleh Utusan Malaysia sendiri, kalau tak percaya rujuk utusan malaysia arkib 08/03/2010.

Majlis Permuafakatan Melayu yang dipengerusikan oleh Datuk Ibrahim Ali (perkasa) berkata
"Kita tidak mahu kerajaan gopoh umum MEB. Dasar kesungguhan atau tindakan affirmative bagi menjaga kepentingan kaum majoriti mesti diteruskan agar pembahagian kekayaan negara diagihkan dengan adil, paling tidak berdasarkan nisbah Dasar Ekonomi Baru (DEB)."

Kenyataan ini disokong oleh Datuk Mukhriz Mahathir ketika merasmikan sidang Meja Bulat(MEB) anjuran MPM ini.

Datuk Mukhriz Mahathir yang dahulu pernah dikaitkan pertelingkahan dengan Khairy Jamaluddin dalam perebutan takhta sebagai Ketua Pemuda UMNO itu ,sekali lagi mencetuskan amarah kepada Khairy Jamaluddin yang membangkang tindakannya itu sekeras-kerasnya.

Perbuatan Datuk Mukhriz Mahathir ini dikatakan telah mencabul bidang tugas Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO-BN. Dalam satu temu bual bersama Khairy Jamaluddin beberapa ketika sebentar tadi, beliau menyifatkan Mukhriz adalah sebagai pengkhianat dan tidak adil kepada rakyat yang berbilang bangsa di Malaysia ini. Kenyataan tidak puas hati ini diteruskan lagi dengan menjelaskan mengapa Mukhriz tidak mengambil perhatian terhadap tindakan MPM ini yang membawa kerugian kepada parti UMNO sendiri yang tidak mementingkan hak rakyat minoriti di Malaysia ini.

Perkara ini terdapat unsur-unsur perkauman yang busuk" sebab itu parti kita UMNO sekarang tidak mendapat sambutan daripada rakyat kerana kita sendiri adalah bersifat perkauman!" jelas Khairy Jamaluddin lagi ketika ditemu bual.

Sebagai rakyat Malaysia kita lihatlah pergelutan antara pemimpin-pemimpin BN sendiri anda sebagai penilai, nilai dengan penuh intergriti.

Pornstar MCA Merajuk!


Kelakar betul bila adegan yang dibuat oleh Chua Soi Lek dengan meletakkan jawatan beramai-ramai. Dengar cerita nak buat video porn yang baru yang memerlukan ramai pelakon dalam scene tu nanti.

Ramai jugak yang keluar MCA ni sampai terpaksa membuat pelantikan semula dalam tempoh sebulan ni, kan dah buang banyak masa da tu. Jadi, perkara ni memang rakan karib diorang UMNO sendiri tak berapa nak suka sebab anjing pilihan diorang letak jawatan. Bila pornstar ni letak jawatan, UMNO susah sikit nak memperbodohkan parti-parti komponen BN ni. Sudah enjadi amalan UMNO menyimpan sampah2 yang tak guna sebab diorang nak mendominasi BN.

Apa kena mengena dengan Pornstar, Chua Soi Lek ni merajuk pulak? Kes dia ni merajuk sebab dia dah tak dapat tempat kat dalam MCA, yelah siapa yang nak mengagungkan seorang pelakon pornstar yang terkenal lagi-lagi melantik sebgai pemimpin, sebab tu orang-orang cina sekarang ni dah tak menyokong MCA dah.

Tindakan letak jawatan Chua Soi Lek ni pun ada helahnya, jangan lupa dia ni licik jugak orangnya. Rupa-rupanya keadaan sebenar ialah Chua Soi lek dah putus harapan nak memintas Ong Tee Kiat tambahan lagi dia didesak oleh pemimpin UMNO yang tak nak Ong Tee Kiat ni berkuasa, sebab dia ni la yang membongkarkan rahsia skandal PKFZ yang menjadi punca kemarahan puak2 UMNO.

Jadi sebagai langkah menuruti permintaan UMNO maka Chua Soi Lek dengan rendah martabatnya meletakkan jawatannya beramai-ramai supaya MCA terpaksa melakukan pemilihan semula. Sebelum peletakkan jawatannya itu dua orang mamat datang jumpa dengan Chua Soi Lek bersama pemimpin UMNO menawarkan diri untuk jadi pelakon tambahan Chua Soi Lek ni. Mereka ialah Tiong Lai dan Ka Siong.

So, diorang ni pulak akan menjadi anjing-anjing UMNO dalam MCA yang akan menerajui pucuk pimpinan MCA nanti dan mengalahkan Ong Tee Kiat . Jadi UMNO akan kembali memperbodohkan MCA lagi seperti sdiakala.

Terbaru Saudagar Kotak Ikan Noh Omar!

Noh Kotik baru je umumkan kenyataan palsu yang isu kotak ikan dia dah settle. Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/pemborong Ikan dan Sumber Laut Datuk Yusoff Ismail dengan sekeras-kerasnya menafikan kenyataan Noh kotik ni.

Katanya lagi ketika dihubungi petang tadi, "isu ini belum lagi mendapat kata putus dari pihak kami, kerana ketika rundingan meja bujur Noh hanya menyatakan bahawa subsidi akan diberikan, dan subsidi tersebut menyebabkan harga KIBFG yang baru ni mahal RM10 dari yang lama, kami diberikan tempoh 2 mingguuntuk memberikan kata putus tapi apa yang berlaku Noh dah pun umumkan kenyataan palsu ni!" Jelas yang Noh kotik seorang yang penipu dan dahagakan wang.

Menurut Datuk Yusoff itu juga, masa rundingan meja bujur tempoh hari, perbincangan tak la selancar yang dicanangkan sebab keadaan sebenar dalam bilik itu sangat riuh rendah macam pasar sebab Noh berkeras nak gunakan juga kotak ikan dia. Jka dilihat sejarah kotak ikan dan pembekalan ikan kat Malaysia ni belum pun pernah jadi satu isu yang macam Noh wujudkan ni. Sebelum-sebelum ni rakyat Malaysia menikmati harga ikan yang ok dan kualiti yang bagus. Kenapa Noh kotik ni still nak kacau rakyat malaysia??

Dalam perbualan telefon itu juga Datuk Yusoff ada menyatakan kesan kepada kenaikan harga ikan di pasaran nanti. Dia juga memberi amaran kepada Noh kotik ni supaya menarik semula kenyataan isu ini selesai, skiranya Noh kotik gagal berbuat demikian maka segala rahsia tentang tender projek ini akan dibentangkan kepada orang ramai. Sesiapa yang nak butiran lanjut kontrak yang Noh kotik ni beli kotak ikan boleh la ambil dekat Lau Hoi Keong Ketua Pemuda Gerakan.

Pendedahan maklumat ini akan dilakukan dari masa ke semasa sehingga Noh menark balik kenyataannya di media-media rasmi Barisan Nasional.

Sebanyak 15 laporan yang diterima oleh SPRM pasal Noh Kotik ni antara yang paling baru sekarang ni, Noh menyeleweng duit MARA RM3.6 juta kita tunggu dan lihat.

UMNO Dajjal Bukit Botak


Selama lebih dari 20 tahun hak perumahan di Bukit Botak ini ditindas oleh kerajaan yang terdahulu iaitu UMNO Barisan Nasional. Bukit Botak yang merangkumi 9 buah kampung merupakan kawasan yang terletak di dalam lingkungan daerah Gombak.

Semasa selangor dibawah pimpinan Barisan Nasional dahulu penduduk Bukit Botak telah dijanjikan dengan pembangunan dan penstrukturan semula. Namun selama 20 tahun pemerintahan BN, keseluruhan projek yang diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu tidak berjaya melengkapkan projek pembangunan di Bukit Botak.

Pemimpin UMNO yang silih berganti menjadikan projek di Bukit Botak ini semakin rumit kerana pembatalan kontrak dari pemaju yang sebelumnya dan digantikan dengan yang baru. Begitulah yang berlaku selama 20 tahun ini. Hal ini jelas menggambarkan bahawa terdapat penyelewengan dan rasuah di dalam pentadbiran BN. Pemimpin-pemimpin yang silih berganti hanya mahu memberikan projek kepada kroni-kroni mereka sahaja dan yang teraniaya adalah penduduk-penduduk Bukit Botak.

Oleh itu satu langkah yang drastik dan sebagai sinar baru kepada penduduk Bukit Botak yang kini bernaung di bawah pimpinan Pakatan Rakyat mereka kini menarik nafas lega kerana masalah-masalah yang dihadapi mereka dapat di atasi dengan kepimpinan Pakatan Rakyat.Atas dasar tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor kini mengambil keputusan untuk mengambil alih tanah kawasan Bukit Botak.

Najib Sindir Khairy Jamaluddin Tak Buat Kerja


Laporan dari Utusan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa Najib secara terang-terangan menegur Khairy Jamaluddin bahawa dia tak buat kerja. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Najib dan disampaikan oleh Dr. Mohd Puad Zakarshi dalam utusan Malaysia.

Dunia hari ini sudah jelas bahawa Najib dan Khairy tidak pernah sebulu dalam menjalankan tugas masing-masing. Dikatakan bahawa Najib sendiri tidak mengiktiraf Khairy sebagai ketua pemuda UMNO dan begitu juga dengan Khairy yang tidak mengaku bahawa P.M Najib sebagai Perdana Menteri. Khairy kini dalam diam sedang cuba untuk merancang sesuatu bagi menjatuhkan Najib sebagai contoh perlakuannya itu dia mula untuk tidak buat kerja dan ramai penduduk di kawasan bawah pemerintahan beliau sudah mula memperkotak-katikkannya.

Menurut berita itu lagi didapati bahawa pemimpin-pemimpin UMNO yang lain kini juga turut mengikuti jejak langkah Khairy untuk tidak buat kerja sehinggakan di dalam Utusan Malaysia terpaksa mengeluarkan kenyataan "Oleh itu, BN tidak boleh berhenti untuk mengadakan aktiviti turun padang bersama dengan rakyat,". Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tidak melakukan kerja sebagai tanda memprotes terhadap pimpinan Najib Razak.

Khairy Jamaluddin juga menyatakan di dalam akhbar Utsan Malaysia tersebut supaya pergolakkan yang berlaku di dalam UMNO harus dihentikan dan mereka perlu bersatu untuk menentang Najib yang menganaktirikan MCA dan MIC.

Kenyataan ini sungguh jelas dikeluarkan oleh lidah rasmi BN keluaran 2 Mac 2010.