PENJELASAN Mat Dangdut, PENJELASAN!!

Ni apa cerita ni mat dangdut woi??

Dulu masa belum jadi senator bukan main lagi kau lantang bersuara macam-macam yang kau dedahkan sampai nak tekincit MIKE kau buat. Nasib baik MIKE belum lompat lagi.

Sekarang bila kau dah dapat jawatan, dah dapat kedudukan, dah dapat kepercayaan apa yang kau buat?? Bisu!! Lidah Kelu!!

Anak kau tu sepatutnya sekarang ni malu dengan kau mat dangdut!! Di sekolah aku pasti anak-anak kau diherdik, dicerca!! " mana bapak kau?? tak kan senator senyap aje?? "

YA!! Mat Dangdut!! Mana suara lantang kau?? MANA?? MANA??

Aku nak tengok di mana-mana media terpampang kenyataan dari mulut kau mat!!

NI UMNO HALALKAN JUDI, TAK KAN KAU BOLEH CONSIDER KOWT??

AKU NAK PENJELASAN NI..

POTONGAN SUBSIDI NI SIAPA PUNYA ANGKARA KALAU BUKAN KAU MAT DANGDUT?? HARGA MINNYAK NAIK!! HARGA GULA NAIK!! HARGA BARANG KEPERLUAN NAIK!!

RM 20 BILLION SETIAP TAHUN KAU NAK SAPU!! PENJELASAN MAT DANGDUT!! PENJELASAN!!

Potongan Subsidi Kumpul RM100 Billion Lebih Untuk Najib

Apa lagi yang nak dipotong ni Najib?? Tak cukup dengan satu, kamu nak potong subsidi pulak untuk kepentingan kamu!!

Ya!! kalau tuan-tuan dan puan-puan ada baca tawanmalaysia.com mesti dapat info ni dengan tepat.

Sebanyak RM 100 billion lebih dijangkakan dapat dikumpulkan melalui skim potongan subsidi ni. Harga minyak setiap tahun akan meningkat walaupun negara kita sendiri merupakan negara pengeluar minyak utama dunia. Ibarat seorang bapa yang menjual roti tetapi anaknya masih lagi perlu membeli roti pada bapanya untuk mengisi perut ditambah pula dengan cukai perkhidmatan kepada si anak tersebut.

Ini realiti yang berlaku di Malaysia sekarang. Barisan pinpinan Najib Semuanya BODOH! dalam menguruskan ekonomi Malaysia.

Kalau ada yang pandai pun tapi tak mampu buat apa-apa sebab ianya adalah arahan daripada presiden UMNO-BN sendiri yang mahukan skim ini dilaksanakan bagi menampung kehidupan individu berkepentingan.

Biar saya kupaskan satu fakta mengapa perlu UMNO-BN tarik keistimewaan rakyat Malaysia.

Ini bukan cerita dongeng atau cerita rekaan. Setiap kali suami Najib(Rosmah) keluar negara tahukah anda berapa banyak wang yang dihabiskan untuk membeli barangan keperluan Suami Najib????

Sebenarnya PULUHan JUTA RINGGIT yang dikekahkan kepada Louis Vuitton, Prada, Gucci, Maybelin, Mayfair dan lain-lain!!!

Ini menggambarkan kepada rakyat Malaysia bahawa kenaikan harga barang ini semua adalah bertujuan untuk menjaga KEPENTINGAN PUAK-PUAK PENYOKONG SUAMI ROSMAH(NAJIB).

Martabatkan Agama, Bukan Bangsa!!

Ironisnya situasi pasca PRU ke 12 ini apabila pelbagai pihak cuba menjadi juara dalam menangani isu ketuanan Melayu. Kononnya Melayu dilihat terhimpit dan kian terhakis. Keputusan pilihanraya umum yang lalu antaranya dianggap sebagai indeks yang menunjuk aras kedudukan melayu masa kini kian tercabar.

Kekalahan Umno dan BN dalam pilihanraya umum yang lalu khasnya di 5 buah negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat [termasuk Perak sebelum ianya dirampas oleh Umno] dianggap sebagai kejatuhan dan kemusnahan bangsa Melayu .

Saya nyata sangat tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian, sebaliknya melihat bahawa ini adalah usaha Umno dan BN untuk menutup atau melindungi aib mereka lantaran kalah teruk dalam PRU ke 12 lalu. Menyembunyikan kegagalan mereka (sehingga kini antara mereka masih bertelagah dalam menuding antara satu sama lain agar mengambil tanggungjawab atas kekalahan mereka) lalu menganggap Melayu dan ketuanannya kini lemah dan tercabar .

Bertolak dari isu yang mereka cipta, gelombang kebangkitan dan pemulihan ketuanan melayu mula digerakkan. Pada mereka apabila Umno kalah maka Melayu kalah. Walhal Umno tidak lagi dilihat mewakili orang Melayu sebaliknya perjuangan Umno lebih tertumpu kepada golongan elit dan kroni para pemimpin mereka sebagaimana ianya pernah diakui oleh Tengku Razaliegh Hamzah.

Mereka mula menjual muka untuk mencari simpati rakyat dalam usaha memulihkan keyakinan mereka terhadap prestasi yang buruk dalam PRU ke 12 lalu dengan menjadikan isu ketuanan Melayu sebagai perangkap .

Sebagai rakyat berbangsa Melayu, saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga menjadi Melayu. Saya juga mahukan bangsa saya hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi .

Tetapi Umno tidak layak untuk bercakap soal Melayu apa lagi untuk bercakap soal ketuanan Melayu . Selain daripada Umno adalah sebuah parti perkauman dan hanya bercakap soal Melayu dengan bahang api perkauman dikala mereka tersepit dan kalah seperti ini, Umno lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri.

1-Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan "jahat" Umno menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan al Quran . Implikasinya, generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar .

2-Umno mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak "bodoh" demi mengekalkan kuasa mereka, dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu seperti Kedah , Perlis, Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya .

3-Samalah sebagaimana Umno "mendera" rakyat yang rata - ratanya berbangsa Melayu di negeri Terengganu dangan merampas Royalti minyak petroleum Terengganu dan enggan juga membayar royalti minyak kepada negeri Kelantan sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Serawak .

4-Menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu berasaskan "dendam" politik di zaman PAS menguasai negeri tersebut turut dilihat sebagai jenayah Umno terhadap bangsa Melayu .

5-Bertambah parah apabila Umno kelihatan nekad membantai dan membelasah orang Melayu yang rata - rata beragama Islam apabila mereka meruntuhkan institusi ibadah orang Melayu yang beragama Islam seperti masjid dan surau dan ini berlaku di Kg. Bujal Terengganu , Kampung Berembang di Ampang , Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi dan demikian mereka mengunci surau dan masjid seperti apa yang berlaku kepada surau seksyen 18 di Shah Alam dan lainnya.

6-Umno juga bertanggungjawab memberi tekanan ke atas sekolah agama rakyat (SAR) dengan tidak lagi memberi bantuan perkapita kepada sekolah - sekolah agama milik rakyat yang umumnya pelajar SAR ini adalah orang - orang Melayu yang beragama Islam sehingga akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik untuk mebekalkan ilmu agama kepada rakyat.

7-Tiada siapa yang dapat memaafkan Umno apabila mereka menangkap dan memenjara malah menyeksa pemimpin - pemimpin Melayu terutama daripada PAS hanya kerana mereka menentang Umno dalam sebuah negara demokrasi . Pula tidak pernah mereka membicarakan para pemimpin Melayu yang mereka tahan secara adil di mahkamah sebaliknya menggunakan akta draconian ISA untuk kepentingan atau survival kuasa politik mereka .

8-Pemimpin Umno mengambil kesempatan di atas mandat undi rakyat untuk mengautkan keuntungan membina empayar dan kemewahan keluarga dan kroni mereka bertaraf million ringgit , sementara rakyat khasnya yang berbangsa Melayu terus melarat sehingga masih ada kampung Melayu dalam negeri maju di negara ini di sampai elektrik dan air.

9-Bila Umno menjaga Melayu? lihat aksi mereka menjelang pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, sasaran mereka ialah Kelantan yang Menteri Besar dan Exco serta rakyatnya majoriti Melayu . Mereka dera Kelantan lebih 20 tahun hanya kerana semata-mata Kelantan menolak kepimpinan Umno. Sedang mereka tidak peduli nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang pernah disebut oleh Tun Dr. Mahathir bagai berada di zaman perang dunia kedua. Mereka juga tidak ambil endah kesan ke atas orang Melayu di Johor dengan projek Pembangunan Wilayah Iskandar apabila mereka membuka kawasan itu kepada Singapura.Melayu mana yang Umno jaga? Melayu mana yang Umno peduli?

Apalagi Melayu yang tinggal pada Umno melainkan hanya tahu menghunus keris di saban mesyuarat agong mereka tetapi penakut dan bacul terhadap tekanan kuasa luar terutama yang membabitkan isu umat Islam biarpun Umno melalui presidennya pernah diberi penghormatan menjadi pengerusi OIC .

10-Paling ringan "azab" yang bakal Umno terima ialah melalui dosanya memaksa pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hari ni barulah mereka bertelagah dan saling mempersoalkan sesama sendiri atas kewajaran mengekalkan pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Bila Umno pertahankan bahasa melayu bahasa ibunda?

Entahlah, saya pun sudah naik jelak setiap kali mendengar Umno cuba bercakap soal Melayu . Melayu yang mereka tindas dan khianati. Umno menikam Melayu dari belakang kemudian berlagak nak bercakap soal Melayu.

Kalau dulu mungkin masyarakat mudah terpedaya dengan lakonan hebat para pemimpin opurtunis Umno ini tetapi saya yakin tidak pada kali ini. Ini adalah zaman bloggers dan websiters bukan zaman pengampu dan pengipas. Ini adalah zaman dimana masyarakat mula akses maklumat ketiga atau maklumat alternatif untuk mengimbangi apa yang mereka dengar dari radia dan apa yang mereka lihat dari televisyen .

Pada saya Umno hilang kelayakkan dan langsung tidak punya authority untuk bercakap soal melayu yang telah dikhianatinya.

Kalaulah ada sedikit peluang untuk Umno bermuhasabah dan bertaubat dengan taubat nasuha, Umno terlebih dahulu perlu mengikis buang segala daki perkauman dan sikap opurtunis mereka sebelum mereka nak bercakap soal Melayu .

Tegakkan ketuanan Islam

Soal bangsa boleh diperjuangkan tetapi tidak dengan semangat perkauman tetapi atas semangat agama yang penuh toleransi dan saling menghormati antara agama dan bangsa .

Agama Islam mengizinkan kita kasihkan bangsa tetapi tidak menghela kepada semangat perkauman sehingga bersikap prejudis terhadap kaum bangsa lain. Justeru itu, Ketuanan Islam wajar diperjuangkan. Islam selamat maka bangsa akan selamat.

Islam adalah agama yang tidak meletakkan warna kulit dan bahasa lidah sebagai kualiti dalam sistem nilainya, tetapi merujuk kepada taqwa dan ketundukkannya kepada Allah Tuhan yang mencipta alam ini.

Dalam khutbah al wada' (dari Jabir bin Abdullah rha.) Nabi saw. pernah bersabda :

Maksudnya: Wahai manusia ! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu . Sesungguhnya bapa kamu adalah satu . Ketahuilah ! Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan demikian tiada (kelebihan) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan tiada (kelebihan) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan TAQWA . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu.

Al Bukhari Jilid 1 . M/s 131 : Hadis no : 1652

Demikian membawa maksud yang sama, Allah berfirman di dalam surah al Hujurat ayat 13 bahawa Ia mencipta manusia yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan malah berpuak - puak dengan pelbagai suku kaum untuk mereka saling kenal mengenal (berinteraksi dan bekerjasama) antara satu sama lain dan kemuliaan melalui sistem nilai Ilahi ialah kepada mereka yang paling bertaqwa kepadanya .

Islam membatasi isu perkauman dan sangat menghormatinya malah Islam telah menetapkan dasar tidak sekali - kali boleh kita memaksa orang lain memeluk ajaran Islam termasuklah menghina tuhan-tuhan mereka .

Ini sebahagian adab dan prinsip Islam yang berjaya meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang sesuai untuk semua dan sangat toleransi dengan semua kecuali terhadap mereka yang menghina dan memeranginya.

Alhamdulillah, perkembangan semasa hari ini memperlihatkan sedikit demi sedikit tembok perkauman ini runtuh dan ia membuka ruang yang lebar untuk semua pihak menilai Islam dari dekat tanpa sebarang halangan besar .

Sekurang-kurangnya mereka akan memahami bahawa apa yang dilontar oleh barat selama ini adalah tidak lebih sekadar satu tohmahan jahat dan liar terhadap Islam .

Islam sebenarnya tidak asing kepada semua bangsa dalam negara kita. Islam terlebih dahulu sampai ke negera China berbanding Malaysia demikian juga India yang lebih awal menerima kemasukan Islam ke negara mereka. Melayu ternyata jauh lebih lewat menerima Islam berbanding China dan India.

Islam mengajar elemen yang suci dan baik serta menghormati perbezaan agama dan budaya. Lantaran itu Islam andai diberi peluang, mampu meletakkan negara yang pelbagai kaum ini berada dalam satu hubungan raya antara kaum dan bangsa yang harmonis dan selamat. Tiada siapa yang akan dinafikan haq apalagi disakiti oleh pemimpinnya tanpa haq.

Lihat sajalah kepada 2 prinsip dan dasar kepimpinan Islam dalam isu hubungan antara kaum dan hak persamaan mereka dalam sebuah negara Islam, sebagai contoh saya perlihatkan :

Pertama : Kenyataan Saidina Abu Bakar As- Siddiq pada hari beliau dibaiah atau dilantik menjadi Ketua Pemerintah :

Sesungguhnya aku dilantik menjadi pemimpin kamu sedang aku bukanlah yang terbaik dikalanmgan kamu. Justeru itu, jika berlaku adil maka bantulah aku dan jika aku menyeleweng maka perbetulkan aku. Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat. Orang kuat pada kamu adalah lemah padaku sehingga aku boleh mengambil suatu yang hak daripadanya sementara orang lemah pada kamu adalah kuat padaku sehingga aku mengembalikan haknya.

Kedua : Dapat dilihat melalui sikap Nabi saw. terhadap non muslim yang sedia berada dibawah pemerintahan Islam yang disebut sebagai kafir zimmi . :

Barang siapa yang menyakiti non muslim yang berada di bawah pemerintahan Islam (zimmi) maka ia telah menyakiti diriku.

RM 1billion lesap?? Apa cerita??

1 BILLION HILANG!!!!

Ni apa crita pulak ni?? cheq tak berapa minat la bila dengaq GLC kerajaan BN sendiri boleh lesap kan hampir RM 1 billion. Ni sapa yang jaga ni?? Sapa dia yang pelahap sangat ni bagi lesap RM1 billion??

1 Billion kalau hangpa(pemimpin UMNO) ambil bagi kat rakyat, cheq rasa kat Malaysia ni tak dak dah orang miskin yang duduk kat rumah kayu tandas kat luaq. Semua pakat buleh duk rumah batu. Tahap kemiskinan boleh capai sifar!!

Ni yang duk pelahap sangat pasai apa?? kalau nak kebas pun.. hang kebas la 1 juta 2 juta jadi la.. Cheq dulu dalam UMNO pun bukan cheq tak taw macam mana depa ni duk main cilok duit..

Chaeq nak habaq mai kat pemimpin-pemimpin UMNO.. jangan sampai cheq bukak satu per satu cerita pembohongan hangpa.. Habis seluruh Johor swing nanti baru taw.... Muhyiddin nak makan apa nanti pun tak boleh..

Mat Dangdut Gumbira Jadi Senator senang merompak!


Mat dangdut terkenal tanah air iaitu bekas pemuda keadilan semakin berleluasa di dalam UMNO-BN. Dia meninggalkan sahabat-sahabat UMNO yang lain jauh kebelakang walaupun mereka lebih senior dalam UMNO tapi Ezam yang dapat.

Ketahuilah wahai rakyat jelata, Ezam ni hanya 'nobody', dari ceruk mana dia tiba-tiba muncul pun kita tak tahu. Sebelum ni masa dia tak ada apa-apa jawatan dia merajuk dan lari jauh dari tanah air ke Indonesia sana. Apa yang dia buat kat sana pun orang tak tahu.

Ini crita sebenar tuan-tuan dan puan-puan. Ezam ke Indonesia adalah atas dasar untuk mengaburi mata rakyat terutamanya pemimpin UMNO tentang isu rompakkan wang yang begitu banyak semasa di dalam Keadilan dan selepas melompat keluar dari Keadilan.

Ini yang semua orang dikaburkan, Ezam bukan sahaja dibeli oleh UMNO-BN bahkan turut merompak jutaan wang ringgit dari setiap orang yang dikenalinya.

Mat Dangdut ni tak boleh pakai. Dengan pagkat senator ni lagi banyak yang dia dengan geng-geng dia boleh merompak mentekedarah besarkan perut!!

Nantikan pendedahan lanjut tentang rompakan Ezam dalam bentuk video...!!

Ezam kau tunggu je satu demi satu rahsia kau aku bongkar!!

Ezam Jadi Senator, Tahniah!!


Tahniah diucapkan kepada saudara Ezam Mohd Nor kerana telah diangkat martabatnya sebagai senator selepas sahaja Pilihanraya Hulu Selangor tempoh hari.

Kenaikan pangkat ini dilihat sebagai penambahan kepercayaan kepada saudara Ezam dalam menjadai barisan utama untuk menentang Pakatan Rakyat.

Ezam yang sebelum ini giat menjalankan kempen serta ceramah dalam membongkarkan segala rahsia serta maklumat yang diketahuinya terhadap Anwar Ibrahim. Kelantangan beliau dalam menyuarakan kelemahan Pakatan Rakyat mendapat perhatian daripada pemimpin-pemimpin UMNO.

Keakraban beliau bersama Khir Toyo menambahkan lagi kekuatan pada dirinya untuk diperlihatkan bagi membolehkan beliau menjadi Senator.

Beliau juga secara tidak langsung akan dapat bersama-sama piminan UMNO-BN untuk menghadiri sidang Parlimen bagi menangkis segala Serangan Pakatan Rakyat dalam menerajui pemerintahan Barisan Nasional.

"Yahud! Yahud! Yahud! Yahud!" Kata Najb

"Yahud! Yahud! Yahud! Yahud!" inilah kata-kata yang sering dilaungkan oleh presiden UMNO Najib Tun Razak ketika mengadakan pertemuan dengan mana-mana negara luar sehinggakan sanggup menyelar tindakan Negara Islam Sendiri.

Tindakan Najib yang kini ianggap sebagai satu perbuatan yang kurang matang dalam menangani isu-isu serangan terhadap dirinya.

Najib yang ingin melarikan diri daripada disiasat oleh peguam Perancis berkenaan kapal selam yang dibelinya cuba untuk mendapatkan sokongan dari Obama dengan menggadaikan prinsip Islam.

Oleh itu kita dapat saksikan pertemuan Najib dengan Obama diakhiri dengan tindakan Najib menentang saudara Islam kita. Inikah pemimpin yang disembah oleh orang-orang UMNO??